fbpx

Zii Jia mudah benam Pochtarov pada aksi sulung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA membenam cabaran pemain Ukraine, Artem Pochtarov 21-5, 21-11 sebentar tadi

PERSEORANGAN lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia memulakan saingan Kumpulan M Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan langkah kanan apabila membenam cabaran pemain Ukraine, Artem Pochtarov 21-5, 21-11 sebentar tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Musashino Forest Sport Plaza itu, Zii Jia tidak memberi laluan mudah buat pemain lawan apabila menguasai sepenuhnya perlawanan tersebut.

Menerusi kemenangan tersebut, pemain yang berada pada ranking kelapan dunia itu sudah sebelah kaki ke pusingan 16 pemain terbaik apabila mendahului saingan peringkat kumpulan.

Bagaimanapun, Zii Jia perlu memastikan kemenangan ke atas pemain Perancis, Brice Leverdez pada aksi terakhir kumpulan Rabu ini bagi menjamin kedudukan ke pusingan seterusnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI