fbpx
Keadaan teksi yang rosak teruk selepas kejadian letupan di KLIA, semalam.

Teksi meletup ketika cucuh rokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG – Seorang pemandu teksi berdepan detik cemas apabila kenderaan yang dipandunya tiba-tiba meletup ketika sedang bergerak di Jalan CTA 4 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, semalam.

Sebelum kejadian berlaku, mangsa, Mohd Radzi Mokhtar, 64, dikatakan cuba menggunakan pemetik api untuk mencucuh rokok di dalam kenderaan terbabit namun tanpa disangka, tindakannya itu membawa padah.

Akibat kejadian itu, mangsa melecur di bahagian lengan dan muka manakala kereta jenis Proton Exora yang dipandunya mengalami kerosakan teruk.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd. Rahman berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian berlaku pada 3.30 petang semalam.

“Hasil siasatan bomba mendapati kejadian berpunca daripada kebocoran gas cecair pembasmi kuman yang berada di dalam teksi berkenaan.

“Pada masa sama pemandu sedang menggunakan pemetik api untuk mencucuh rokok,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, ketika kejadian, mangsa yang memandu teksi itu sedang dalam perjalanan pulang selepas menghantar penumpang di KLIA.

“Mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dengan lecur di bahagian lengan dan muka serta telah dihantar ke hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

POPULAR