fbpx

Siat kulit untuk dapatkan senyuman ‘menawan’ Kuchisake-onna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE SANTA melakukan transformasi ekstrem untuk mendapatkan senyuman Kuchisake-Onna. - AGENSI/ PEN NEWS/RENATO DE SANTA

SAO PAOLO, BRAZIL – Seorang penyanyi rap di Brazil melakukan pengubahsuaian ekstrem dengan menyiat kulit bahagian pipinya semata-mata untuk memiliki ‘senyuman syaitan’, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Renato de Santa, 41, turut menjalani pembedahan memasukkan implan tanduk ke dalam pada dahi, mengubah warna anak mata menjadi hitam pekat, membelah lidah supaya bercabang dan mengukir angka syaitan ‘666’ seperti kepercayaan masyarakatBarat di kepala­nya.

Namun, transformasi paling ekstrem yang dilakukan lelaki itu adalah menjalani prosedur menyiat kulit pipinya dari mulut hingga ke telinga.

“Transformasi ini diinspirasikan daripada sebuah legenda Jepun mengenai Kuchisake-onna. Ia menceritakan kisah seorang wanita yang menyiat bibirnya hingga ke telinga,” kata de Santa.

Menurut legenda itu, Kuchisake-onna akan bertanya kepada mangsa mengenai kecantikan wajahnya.

Dia akan membunuh sesiapa sahaja yang menjawab ‘tidak’ serta menyiat kulit mereka yang menjawab ‘ya’ agar kelihatan sama seperti wajahnya.

Menurut de Santa, dia mene­rima pelbagai reaksi daripada masyarakat sekeliling berhubung penampilannya.

“Ada wanita yang meminati penampilan saya, namun ada juga bersikap sebaliknya.

“Masih banyak prejudis meskipun dalam dunia tatu, di mana mereka yang mencacah tatu bercorak komersial ada kalanya takut melihat penampilan saya,” ujarnya.

Menurut de Santa, meskipun pelbagai cacian diterima terhadap penampilannya, dia berasa bangga dengan keadaannya dan tidak lagi terkesan dengan sebarang kata-kata kejian.

“Saya berasa sangat kacak seperti iblis,” katanya.

Secara keseluruhan, de Santa menganggarkan kira-kira AS$10,000 (RM42,265) telah dibelanjakan untuk menukar penampilannya itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI