fbpx

Pelajar Universiti Kentucky ‘bidik’ rekod baharu Olimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHANER (tengah) mencipta sensasi apabila memenangi pingat emas dengan rekod Olimpik baharu dalam acara 10 meter (m) air rifle. - AFP

TOKYO – Penembak Amerika Syarikat (AS), William Shaner mencipta sensasi apabila memenangi pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan rekod Olimpik baharu dalam acara 10 meter (m) air rifle.

Atlet berusia 20 tahun, berjaya ‘membidik’ 251.6 markah selepas mengharungi sembilan pusingan untuk menewaskan pemenang pingat perak dari China, Sheng Lihao di Lapang Sasar Menembak Asaka, Jepun sebentar tadi.

Lihao yang baru berusia 16 tahun terpaksa berpuas hati tewas tipis selepas mengumpul markah keseluruhan 250.9.

Tempat ketiga acara itu menjadi milik seorang lagi penembak China, Haoran Yang, 25, yang mengumpul 229.4 markah.

Sebagai rekod, Shaner yang merupakan pelajar dari Universiti Kentucky, merupakan salah seorang daripada empat pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan rekod baharu Olimpik.

Dia mengikut jejak penembak Iran, Javad Foroughi yang mencipta rekod baharu Olimpik dalam acara 10m air pistol lelaki diikuti Vitalina Batsarashkina dari Jawatankuasa Olimpik Rusia (ROC) bagi kategori 10m air pistol wanita.

Satu lagi rekod baharu Olimpik bagi sukan menembak berjaya dipecahkan oleh Yang Qian dari China dalam acara 10m air rifle wanita. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI