fbpx

Kilang telur ditutup, 20 pekerja positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kilang telur berkenaan diarahkan tutup serta merta, semalam.

ALOR GAJAH – Sebuah kilang telur di Durian Tunggal di sini diarahkan tutup serta-merta selepas 20 pekerjanya didapati positif Covid-19, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, kilang tersebut ditutup sehingga 6 Ogos depan untuk kerja-kerja disinfeksi dan saringan pekerja.

Katanya, setakat ini seramai 119 pekerja telah melakukan ujian saringan Covid-19.

“Hasil saringan dilakukan, seramai 20 daripada 119 pekerja kilang berkenaan didapati positif Covid-19.

“Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) sedang mengenal pasti punca jangkitan dan mengesan kontak rapat pekerja yang positif,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Terdahulu, notis penutupan sebuah kilang di Durian Tunggal yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) turut tular hari ini memaklumkan premis itu ditutup bermula pukul 3 petang semalam.

Difahamkan kilang berkenaan mempunyai kira-kira 200 kakitangan termasuk pekerja warga asing.

Kilang itu antara pengeluar telur terbesar dalam negara dan turut mengeksport keperluan asas itu ke Singapura. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI