fbpx

Covid-19: Dua lagi aksi Liga M ditangguhkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERLAWANAN antara KDA FC menentang Penang FC di Stadium Darulaman malam ini juga terpaksa ditangguhkan kerana Covid-19.

PETALING JAYA – Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan dua perlawanan Liga Premier membabitkan pertemuan Kuching City FC (KCFC) menentang Terengganu FC II (TFC II) dan Sarawak United FC (SUFC) bertemu Perak FC II terpaksa ditunda ke satu tarikh baharu.

Mengikut jadual asal, KCFC akan menanti kunjungan TFC II di Stadium Negeri  hari ini manakala SUFC akan berdepan Perak FC II malam esok di venue yang sama.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan, keputusan itu dibuat selepas menerima laporan terdapat beberapa pemain dan pegawai SUFC dan KCFC dikesan positif Covid-19 menerusi ujian PCR oleh pasukan berkenaan.

“Keputusan ini dibuat berikutan seorang pemain SUFC telah didapati positif wabak Covid-19 setelah 14 pegawai dan 22 pemain SUFC menjalani saringan PCR pada 22 Julai 2021 sebelum perjalanan ke  Sarawak.

“Sementara berkenaan situasi yang dialami KCFC, tiga pegawai dan tiga pemain KCFC telah didapati positif wabak COVID-19 setelah semua pegawai dan pemain menjalani saringan RTK pada pagi ini.

“Pegawai dan pemain telah menjalani saringan PCR kedua pada 24 Julai 2021 untuk pengesahan di mana semua pegawai dan pemain KCFC yang bebas Covid-19 dan juga yang dijangkiti telah dikuarantin,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Sebagai rekod, semalam MFL telah mengesahkan dua aksi Liga Super melibat Kedah Darul Aman FC dengan Penang FC di Stadium Darul Aman yang dijadual pada malam ini ditangguhkan selepas dua pemain skuad Helang Merah disahkan positif Covid-19. – K! ONLINE

MFL akan mengumumkan tarikh baharu tiga perlawanan berkenaan dalam masa terdekat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI