fbpx

BAT Malaysia rekod pertumbuhan pasaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – British American Tobacco (Malaysia) Berhad (BAT Malaysia) merekodkan penguasaan pasaran sebanyak 52.4 peratus pada suku tahun kedua berakhir 30 Jun 2021, peningkatan 1.5 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Portofolio BAT Malaysia berkembang di semua segmen dengan Dunhill bertumbuh sebanyak 2.7 mata peratusan (ppt) dalam segmen Premium; Peter Stuyvesant dan Pall Mall meningkat 1.0 ppt di segmen Aspirational Premium manakala Rothmans dan KYO naik 4.4 ppt dalam segmen mampu milik.

Pengarah Urusan BAT Malaysia, Jonathan Reed berkata, terdapat tanda-tanda awal bahawa langkah yang dilaksanakan dalam Belanjawan 2021 mendatangkan hasil positif namun tahap rokok haram di Malaysia masih berada pada paras krisis.

“Lebih daripada 57.9 peratus pasaran tembakau dikuasai oleh sindiket jenayah.

“Bagi mengatasi isu pasaran gelap tembakau, penguatkuasaan harus disertakan dengan langkah untuk menangani tekanan harga yang perlu dibayar pengguna.

“Pasti ada jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah perbezaan harga yang ketara antara produk pasaran gelap dan produk yang sah,” katanya dalam satu kenyataan. K! – ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI