fbpx

‘Allah pilih Nadir wakil kita di Gaza’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar status dimuat naik Firdaus di laman Facebook sebentar tadi.

PETALING JAYA- Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung menyifatkan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman sebagai insan terpilih bagi mewakili rakyat Malaysia di bumi Palestin.

Perkara berkenaan disuarakan pendakwah Cina Muslim itu menerusi catatan di Facebooknya tadi apabila menyifatkan Allah telah memilih lelaki itu untuk berada di Gaza.

Katanya, kita tidak akan mengetahui sikap sebenar seseorang sehinggalah kita berinteraksi dengan mereka di sebalik kamera. Apakah mereka sombong, bongkak? Bagaimana penggunaan perkataan mereka.

“Bagaimana mereka melayan orang di bawah mereka? Semoga Allah merahmati saudaraku Nadir,” tulisnya.

Menerusi status itu, Firdaus turut memuat naik tangkap layar ciapan dibuat di Twitternya dengan memaparkan situasi perbicaraan antara beliau dan Nadir.

“Selesai program, saya minta Nadir bagi nombor akaun peribadi untuk kami berikan sedikit saguhati kepadanya. Dia menjawab, tak mengapa ‘bro, it’s okay’,nak sumbang, bagi dekat Cinta Gaza Malaysia.

“Dalam hati saya, Allah pilih dia (Nadir) jadi wakil kita di Gaza, moga Allah rahmati dan pelihara kamu, saudaraku Nadir,” tulisnya. -K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI