fbpx

18 hari siapkan busana kontinjen Olimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairulazlan menunjukkan video proses awal rekaan busana kontinjen Sukan Olimpik 2020 Tokyo. /FOTO ABDUL RAZAK IDRIS

SHAH ALAM – Busana perbarisan kontinjen Olimpik 2020 yang dihasilkan pensyarah dan pelajar Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR) Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengambil masa hanya 18 hari dengan prosedur operasi standard
( SOP ) yang ketat.

Busana bertemakan Laksamana Hang Tuah itu dilakukan bermula 29 Jun lalu dengan setiap setiap petugas perlu melakukan ujian saringan Covid-19 ketika proses mengukur saiz tubuh 26 atlet dan pegawai kontingen.

Pensyarah FSSR, Khairulazlan Abdul Karim, 46, berkata, perlu menyelaras penghasilan tanjak, baju sikap,baju Melayu dan lain-lain.

“Kami perlu melakukan dengan pantas walaupun berdepan SOP dan masalah seperti sesi percubaan bagi memastikan saiz busana yang disiapkan menepati ukuran tubuh ahli kontingen.

“Saya dan ahli hanya berpandukan kepada rakaman video atau gambar pegun mereka mencuba pakaian itu sebagai rujukan untuk sebarang pengubahsuaian,” katanya ketika ditemui di rumahnya di di Puncak Alam hari ini.

Kata beliau, busana bernilai RM30,000 untuk kesemua kontinjen mengambil masa seminggu untuk sesi mencuba baju dan proses pindaan.

Beliau memberitahu, antara pasukannya menghasilkan baju itu adalah rakan pensyarahnya, Mohammad Wazir Jahilan dan pelajar FSSR, Muhammad Fawwaz Mohd. Fuat selain setiap satu pakaian dibuat oleh beberapa alumni UiTM.

Malam tadi, Kontinjen Malaysia yang diwakili 13 atlet dan pegawai memasuki stadium Olimpik Tokyo dengan diketuai oleh Ketua Sekretariat, Datuk Mohd. Nazifuddin Mohd. Najib serta dikepalai dua pembawa Jalur Gemilang, Lee Zii
Jia dan Goh Liu Ying.

Menariknya, wakil negara masuk dengan segak bergaya apabila mengenakan busana menginspirasikan pemakaian
Laksamana Hang Tuah yang menampilkan penggayaan dan suntikan elemen segar menerusi corak geometrik serta warna Jalur Gemilang sebagai warna asas. -K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI