fbpx

[VIDEO] Seram lihat kereta mainan bergerak sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular memaparkan dua buah kereta mainan kanak-kanak bergerak dengan sendiri ketika seorang pemuda sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di sebuah pangsapuri.

PETALING JAYA – Ketika orang lain lemah lutut atau cabut lari ketika berhadapan dengan kejadian menakutkan, seorang lelaki dengan tenang merakamkan kejadian mistik dilaluinya malah turut memuat naik video tersebut ke laman media sosial untuk tontonan orang ramai.

Menerusi satu perkongsian oleh Muhamad Asraf di platform TikTok, dia dilihat sedang berjalan seorang diri di kaki lima sebuah pangsapuri dalam perjalanan menuju ke rumahnya namun perhatian kemudiannya teralih kepada dua buah kereta mainan yang bergerak sendiri.

“Bayangkan hari Jumaat pukul 12 malam dalam perjalanan nak balik rumah di Blok B, nak balik ikut lif tapi ada si adik dua orang,” katanya di ruangan kapsyen video berkenaan.

Dalam video yang tidak dinyatakan lokasi itu, kelihatan beberapa buah mainan kereta termasuk basikal kanak-kanak berada di laluan kaki lima pangsapuri berkenaan namun secara tiba-tiba dua dari kereta mainan itu mula bergerak dengan sendirinya.

Pemuda berkenaan pada mulanya menghentikan langkah namun kembali meneruskan perjalanan dan apabila berada hampir dengan mainan kereta tersebut kedua-dua mainan berkenaan berhenti bergerak dan tiada sesiapa dilihat berada di kawasan tersebut.

Perkongsian itu telah mendapat lebih daripada 35,600 reaksi dan 2,349 komen daripada pengguna TikTok yang menyifatkan pemuda berkenaan sebagai seorang yang berani malah ada yang turut mempersoalkan keberaniannya.

“Aku tak faham bila sesuatu kejadian seram jadi, macam mana kau boleh sempat lagi rakam? Maksud aku macam mana kau boleh ada keberanian sebegitu?,” soal seorang pengguna.

Bagaimanapun, kejadian tersebut turut menimbulkan persoalan daripada pengguna yang tidak mempercayainya dan meminta agar orang ramai tidak mudah percaya bulat-bulat sesuatu yang dimuat naik ke media sosial.

“Kalau kisah-kisah hantu dalam TikTok ni jangan percaya sangat. Ada yang rakam pocong depan-depan lah, ponti mengintip lah, benda-benda bergeraklah.

“Hantu ni bukan macam dalam televisyen tu,” kata HYECrush ringkas. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI