fbpx

Seniman veteran, Tawil meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BINTANG filem Prebet Lapok, Tawil meninggal dunia pada usia 68 tahun.

PETALING JAYA – Seniman veteran, Tawil atau nama sebenarnya, Abu Bakar Ahmad menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR), Sri Aman, Kepong, Kuala Lumpur pukul 2.15 pagi tadi

Isterinya, Azah Abdul Kahar, 62, berkata, Allahyarham secara tiba-tiba mengadu sakit dada sebelum mengalami masalah sesak nafas sekitar pukul 1 pagi.

“Saya sempat menghubungi ambulan dan anak-anak bagi memaklumkan keadaan suami tetapi ketika itu Allahyarham masih bernafas.

“Sebaik tiba, pegawai perubatan yang datang terus memeriksa keadaannya, namun mengesahkan arwah sudah tiada,” katanya.

Bintang yang dikenali menerusi filem Prebet Lapok arahan Allahyarham Datuk Aziz Singgah itu mula menceburi arena seni sebagai pengacara sekitar tahun 1970-an dan 1980-an.

Sebelum itu, anak jati Kampung Baru terbabit sudah berjinak-jinak dengan persembahan pentas dan berlakon bangsawan seawal usia 19 tahun.

Gandingan bersama AR Barul dalam naskah komedi berkenaan menjadi titik tolak Tawil memulakan langkah sebagai pelakon, seterusnya aktif menyrikan ratusan drama televisyen termasuk filem tanah air.

Antara filem lakonan Allahyarham yang terus diingati ialah Darah Satria, Setinggan, Da Di Du, Serampang Tiga, Penyamun Tarbus dan banyak lagi.

Sepanjang berada dalam industri seni, Allahyarham membintangi kira-kira 500 buah drama, filem, teater dan bangsawan dengan penampilan terakhir pada 2013 menerusi telefilem Taubat Seorang Samseng.

Jenazah disempurnakan di Surau Al Hijrah PPR Sri Aman sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ipoh, hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI