fbpx
Hampir setiap inci kediaman Choi dipenuhi dengan sampah yang dikutipnya sejak 10 tahun lalu. -SBS

Bapa kumpul 150 tan sampah selama 10 tahun untuk anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL – Seorang bapa baru-baru ini menjadi tumpuan media Korea Selatan kerana mengumpulkan sampah selama 10 tahun untuk diberikan kepada anak bujangnya yang berusia dalam lingkungan 40-an, lapor laman berita Oddity Central kelmarin.

Choi, 75, dari wilayah Gwangju mengubah kediaman dua tingkatnya menjadi pusat pengumpulan sampah yang dikutip daripada tong-tong sampah dan sampah yang dibuang di tepi jalan.

Choi percaya sampah orang lain boleh menjadi sesuatu yang berharga kepada individu lain dan memenuhkan setiap inci rumahnya dengan sampah sarap.

Choi mengubah kediamannya menjadi pusat pengumpulan sampah.- SBS

Choi berkata dia mengutip sampah kerana mahu mengisi banyak barang di dalam rumah tersebut untuk anak lelakinya yang sudah lebih setahun tidak keluar rumah.

Anak lelakinya yang berusia 40-an juga tidak pernah keluar bekerja dan hanya menghabiskan masanya di dalam rumah itu tanpa berbuat apa-apa dan hidup dengan wang persaraan kedua ibu bapanya. 

“Anak saya suka duduk di rumah, tidak keluar mencari kerja dan ia membimbangkan saya. 

“Saya risau sekiranya saya dan isteri sudah tiada kelak, dia tiada tempat bergantung lalu saya menyimpan banyak barang untuk anak saya,” kata Choi.

Choi, isterinya dan anak lelaki mereka tidur di dalam satu ruang kecil di rumah itu memandangkan kawasan lain semuanya dipenuhi sampah.

Begitu pun, isteri Choi menderita masalah jantung yang serius dan doktor menyarankan agar dia tinggal dalam persekitaran yang bersih.

Choi akhirnya terpaksa bersetuju untuk emndapatkan khidmat sukarelawan bagi membersihkan kediamannya itu.

Seramai 226 orang sukarelawan dan satu jentera pengorek digunakan bagi mengorek 150 tan sampah yang dikutip Choi. 

Sebaik sahaja melihat kediamannya bersih buat pertama kalinya selepas bertahun-tahun, lelaki itu menangis dan berkata dia tidak akan mengutip sampah lagi demi kesihatan isterinya. -Agensi

POPULAR