fbpx

Aktor kacak Tommy Dorfman tukar jantina jadi perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUDAH setahun Dorfman menjalani kehidupan sebagai wanita.

BINTANG siri original Netflix, 13 Reasons Why, Tommy Dorfman mengumumkan dirinya kini bukan lagi seorang lelaki, sebaliknya telah bertukar menjadi seorang wanita.

Mendedahkan perkara tersebut secara eksklusif kepada majalah Time, Dorfman, 29, berkata, sudah setahun dia menjalani kehidupan dengan status jantina baharu itu.

“Sejak setahun, identiti saya adalah seorang transgender namun itu bukan lagi satu rahsia. Kini, saya seorang perempuan,” katanya.

Doftman turut berkongsi transformasi hidupnya itu menerusi satu hantaran dalam Instagram.

“Saya ingin memperkenalkan semula diri saya sebagai seorang wanita hari ini. Kata ganti diri (pronouns) saya sekarang adalah ‘she/her’,” katanya yang terkenal menerusi karakter Ryan Shaver dalam 13 Reasons Why.

Biarpun ramai mengucapkan tahniah atas keberaniannya mendedahkan perihal yang disifatkan sebagai tabu (larangan) sosial di kebanyakan negara dunia itu, cacian tetap ada.

“Saya tiada masalah dia (Dorfman) berpura-pura ingin menjadi perempuan. Tiada siapa pun ambil tahu,” kata seorang pengguna Twitter.

Terdahulu, pada November 2017, Dorfman mendedahkan dirinya adalah seorang non-binary (nonbiner) iaitu mereka yang menyifatkan diri tidak tergolong sama ada lelaki atau wanita. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI