fbpx

Ribut petir diramal landa lapan negeri hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Ribut petir diramal melanda beberapa kawasan di lapan negeri hari ini.

Negeri-negeri tersebut ialah Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Kelantan, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, ribut petir dijangka berlaku di satu dua tempat di kawasan pantai Negeri Sembilan dan Melaka pada pagi ini.

“Manakala ribut petir diramal akan melanda satu dua tempat di Pahang serta kawasan pedalaman di Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan dan Johor pada sebelah petang.

“Ribut petir turut dijangka berlaku pada waktu petang di satu dua kawasan di Sandakan, Sabah selain Kuching, Serian, Samarahan, Miri dan Limbang di Sarawak,” kata MetMalaysia dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman web rasminya hari ini.

Menurut MetMalaysia, ribut petir turut diramal akan berlaku pada sebelah malam membabitkan satu dua kawasan di Sandakan, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Dalam pada itu, tiada hujan diramal berlaku di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya sepanjang hari ini. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI