fbpx

Nenek teruja ‘Black Panther’ datang rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASMAH teruja ketika menerima kunjungan lelaki berpakaian Black Panther di Jalan Perak di George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Seorang wanita warga emas yang berkerusi roda tidak dapat menahan perasan teruja apabila berkali-kali meminta menyentuh wajah adiwira Black Panther sewaktu berkunjung ke rumahnya di Jalan Perak di sini hari ini.

Asmah Sahibu, 77, yang mengalami masalah pendengaran dan penglihatan kabur itu bagaimanapun meluahkan rasa gembira setelah pertama kali dia didatangi lelaki lengkap berkostum tersebut.

Kehadiran Black Panther atau nama sebenarnya Mohd. Wan Hafizi Wan Zakaria ialah sebagai wakil kepada Pertubuhan Kasih Umat Malaysia yang dinaungi pendakwah Ebit Liew dan kelab pemotoran, Adventure Touring Motor Sport.

“Mujur dia hanya berpakaian harimau kumbang. Kalaulah binatang sebenar, tok jerit kuat-kuat minta tolong.

“Tak sangka dia mai (datang) bawa kotak makanan. Tok berasa bertuah kerana terpilih menerima kotak makanan hasil sumbangan daripada Ebit Liew,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Asmah mengalami strok dan tidak dapat berjalan sejak lima tahun lalu akibat terjatuh ketika sedang memasak di dapur rumah pusaka berusia hampir 100 tahun itu.

Akibat kejadian tersebut, sebahagian tempurung kepalanya terpaksa dibuang akibat mengalami pendarahan beku.

Bagaimanapun, ibu kepada enam cahaya mata itu kini dijaga oleh anak keduanya, Mohd. Sani Saad, 47.

Selain Asmah, beberapa lagi warga emas termasuk kanak-kanak kecil turut tidak mahu melepaskan peluang bergambar dan menyapa tubuh Black Panther sebaik berdiri di muka pintu kediaman mereka.

Terdahulu, sebanyak 10 kotak makanan telah diagihkan kepada warga emas uzur dan individu kurang berkemampuan yang tinggal di kawasan Jalan Perak berhampiran Jalan P. Ramlee di sini. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI