fbpx

Hospital Shah Alam hentikan khidmat NGO urus jenazah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Hospital Shah Alam (HSA) menghentikan perkhidmatan pengurusan jenazah Covid-19 beragama Islam oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Berdasarkan memo yang tular bertarikh 21 Julai yang ditandatangani Pengarah HSA, Dr. Ruzita Othman itu memaklumkan pemberhentian pengurusan itu berkuat kuasa serta merta.

Katanya, ini bagi memastikan pematuhan kepada syariah dan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

“Pihak pengurusan hospital akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa,” katanya.

Difahamkan pemberhentian khidmat itu hanya melibatkan pengurusan solat dan tayammum terhadap jenazah Islam sementara urusan pengangkutan masih boleh menggunakan khidmat NGO.

Perkara itu mendapat perhatian netizen dengan menyatakan NGO ingin membantu mempermudahkan urusan tanpa mengambil sebarang keuntungan.

“Ini mesti ada yg sakit hati sebab job (tugas) menguruskan jenazah diambil alih orang lain. Sejak akhir ini yang rajin buat kerja amal asyik ditindas sahaja,” kata pengguna Shawali Jamal.

Memo yang tular berhubung pemberhentian khidmat pengurusan jenazah Covid-19 oleh NGO.

Terdapat juga netizen berangapan memberikan masa rehat kepada NGO terlebih dahulu yang sebelum ini berhempas pulas menguruskan jenazah Covid-19.

“Saya anggap mungkin mereka hendak team abang (NGO) dan team-team lain rehat dulu kot. Dorang (HSA) mungkin tahu banyak team yang membantu ini penat. Semoga urusan kita semua dipermudahkan,” jelas Aliman Ghazali.

Sementara itu, Pengerusi dan Pengasas Unit Kenderaan Van Jenazah dikenali Wan Cai ketika dihubungi Kosmo! berkata, pihaknya terkejut berhubung memo tersebut susulan enam jenazah diuruskan di HSA tanpa sebarang masalah.

“Tidak tahu agenda notis dikeluarkan dan patuh syariah bagaimana lagi hendak. Bagi saya, memo berkepentingan kepada satu pihak,” jelasnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI