fbpx

Arsenal tarik diri daripada aksi saingan piala Florida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD The Gunners giat menjalani latihan, namun rancangan Arsenal untuk mengadakan aksi pramusim ke AS terpaksa dibatalkan. – AFP

LONDON – Berita kurang baik buat peminat-peminat Arsenal apabila pasukan itu membuat keputusan menarik diri daripada menyertai aksi pramusim di Amerika Syarikat (AS) selepas beberapa individu disahkan positif Covid-19.

The Gunners sepatutnya akan beraksi pada saingan Florida Cup bersama Inter Milan, Everton dan Millonarios yang dijadualkan berlangsung 25 Julai ini.

Bagaimanapun, mereka terpaksa mengambil keputusan drastik itu selepas beberapa orang dalam kelab tersebut me­nunjukkan simptom-simptom terkena jangkitan Covid-19.

“Selepas beberapa orang ­didapati positif Covid-19, rancangan kami untuk berlepas ke Amerika Syarikat terpaksa dibatalkan. Oleh itu, kami sudah menarik diri daripada saingan Florida Cup.

“Kami terpaksa membuat keputusan sebegini bagi memastikan kesihatan pemain serta staf terjamin. Kami faham peminat-peminat di sana kecewa kerana sudah lama menantikan kedatangan kami,” kata pasukan itu menerusi satu kenyataan.

Meskipun Arsenal sudah menarik diri, namun saingan Florida Cup dijangka berjalan seperti ­biasa apabila belum ada sebarang keputusan menarik diri daripada Inter, Everton dan Millonarios.

“Kami meminta maaf kepada penganjur atas keputusan yang dibuat kerana mereka sudah berusaha sebaik mungkin untuk menganjurkan kejohanan itu. Keputusan ini terpaksa dibuat demi keselamatan semua pihak,” jelas The Gunners. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI