fbpx

Penerbit filem ‘Babi’ mengaku tidak bersalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Han Boon ketika dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya pagi tadi.

PETALING JAYA – Seorang penerbit filem mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerbitkan sebuah filem pendek kontroversi berjudul ‘Babi’ pada November 2020 di Mahkamah Majistret Petaling Jaya di sini hari ini.

Tertuduh, Toh Han Boon, 35 mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol selepas kertas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa.

Tertuduh didakwa mengambil bahagian dalam aktiviti mengeluarkan filem dan mempamerkan poster tanpa lesen yang sah daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).

Dia dituduh melakukan kesalahan itu pada 18 November 2020 kira-kira pukul 6 petang di alamat nombor 18, Jalan PJU 7/8B, Mutiara Damansara.

Pertuduhan terhadapnya dilakukan di bawah Seksyen 22(1) Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Akta 244 Pindaan 2013) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 25(1) Akta yang sama.

Siasatan kes dikendalikan oleh Inspektor Jagachandran Murugesen dan pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya Zamriah Zarifah Aris.

Majistret Muhammad Iskandar kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Oktober ini sebagai tarikh serah dokumen serta sebutan semula kes. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI