fbpx

Penduduk terlibat PKPD Kuala Muda terima bantuan khas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerajaan negeri Kedah menyediakan bantuan kewangan dan makanan kepada penduduk terlibat PKPD di Kuala Muda. - Gambar hiasan

ALOR SETAR – Sebanyak 2,767 rumah di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di daerah Kuala Muda dekat sini akan menerima bantuan khas daripada kerajaan negeri mulai esok.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, bantuan khas itu berupa wang tunai dan barangan basah iaitu dua ekor ayam, dua kilogram ikan, sayur dan sepapan telur ayam.

Katanya, kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM373,545 bagi tujuan tersebut.

“Kerajaan sedar kesukaran penduduk terlibat untuk mendapatkan bekalan basah dan wang tunai memandangkan ada kawasan yang tidak mempunyai perkhidmatan perbankan serta mesin pengeluaran wang automatik (ATM),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Sabtu lalu mengumumkan pelanjutan PKPD di tiga lokaliti dalam daerah Kuala Muda iaitu di Taman Bandar Sungai Baru Sungai Lalang, Taman Lembah Permai dan Kawasan Perindustrian Bakar Arang sehingga 1 Ogos depan. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI