fbpx

Tular awan berbentuk kalimah Allah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Awan yang membentuk kalimah Allah ini dikesan di langit Situbundo, Jawa Timur, semalam. - Instagram

JAKARTA – Satu video yang memaparkan penampakan awan yang membentuk kalimah Allah menjadi tular di media sosial, lapor laman Suara.com semalam.

Awan tersebut dikesan di langit Situbundo, Jawa Timur semalam.

“Petang ini (semalam) satu awan yang menyerupai kalimah Allah kelihatan di langit Situbondo dan menjadi tular di kumpulan media sosial,” demikian keterangan yang dimuat naik bersama video awan itu.

Perakam video itu kelihatan berada di pinggir sebatang jalan raya ketika merakam fenomena itu.

“Semoga ini petanda baik menjelang perayaan Hari Raya Aidiladha, segera sembuh Bumiku,” tulis keterangan tambahan pada video itu.

Netizen yang menonton video itu rata-ratanya menganggap ia merupakan satu petanda baik dan mendoakan agar Indonesia segera pulih daripada wabak Covid-19. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI