fbpx

Guna kren 60 tan bantu naikkan lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KREN 60 tan yang akan digunakan untuk mengangkat sebuah lori yang dijumpai di dasar laut di bawa masuk ke JEV, Chuah, Port Dickson hari ini.

PORT DICKSON- Operasi pencarian seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam laut di jeti pemunggahan arang batu, Jimah Ventures Energy Sdn. Bhd. (JEV), Chuah, dekat sini diteruskan hari ini.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, lokasi pencarian mangsa, Sharul Nizwan Said, 33, dikekalkan dalam radius dua kilometer di lokasi penemuan lori yang dipandunya.

“Kami akan mengekalkan sektor pencarian iaitu dua kilometer radius di lokasi tempat yang kami temui lori. Hari ini kami daripada pelbagai agensi akan cuba menaikkan lori tersebut, semalam kami cuba menaikkan lori berkenaan dengan menggunakan kren seberat 45 tan namun terdapat masalah teknikal.

“Lori akan cuba dinaikkan hari ini dengan menggunakan kren seberat 60 tan. Cermin lori berkenaan terbuka manakala cermin belakang pecah ketika dijumpai,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan operasi di JEV, Chuah dekat sini hari ini.

Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam laut bersama lori lima tan yang dipandunya secara mengundur dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi semalam.

Sharul Nizam pada ketika itu dikatakan sedang melakukan kerja-kerja pembersihan sisa arang batu di Jeti Coal Unloading Edra Energy Jimah Power Plant, JEV, Chuah dekat sini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI