fbpx

Cukur kepala, Caprice teruskan misi kemanusiaan solo ke Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAPRICE kini meneruskan misi bantuan kemanusiaan ke Palestin secara bersendirian.

PETALING JAYA – Aktivis kemanusiaan dan penyanyi rap, Caprice tetap meneruskan misi kemanusiannya walaupun secara solo  untuk membantu rakyat Palestin.

Pemilik nama lengkap, Ariz Ramli yang kini berada di Cairo, Mesir berjanji, akan membanggakan rakyat Malaysuia, bahkan membuktikan kebenaran untuk setiap perkara yang pernah diperkatakan sebelum ini.

“Salam Malaysia. Baru habis ‘packing’. Saya cuma nak cakap yang saya akan teruskan dengan misi seorang diri. Semua yang lain sudah balik ke Malaysia.

“Tetapi, saya telah memilih untuk melunaskan misi saya. Insya-Allah. Waktu ini telah menjadi perjalanan yang paling sukar dalam kehidupan saya selama kita berjuang, berjihad dan beribadah.

“Saya percaya dengan hikmah. Ada sebab mengapa semua ini berlaku. Satu hari nanti, saya akan buktikan kebenaran. I’ll see you when I see you, Malaysia (Jumpa kalian semua tapi saya tak tahu bila, Malaysia),” katanya menerusi beberapa muat naik video dalam IG Story miliknya beberapa jam lalu.

Dalam untaian video berkenaan, Caprice turut berkongsi satu video ‘boomerang’ dipercayai sudah mencukur atau membotakkan kepala.

Dalam meneruskan misi diteruskan secara bersendirian, pelantun lagu Lenglui itu sekali lagi memohon maaf kepada sesiapa yang terkesan dengan perbuatannya sebelum ini.

“Saya minta maaf kepada sesiapa yang terluka, kecewa dan berkecil hati. Insya-Allah, saya akan membanggakan anda semua. Demi ummah, demi Malaysia,” ujarnya.

Terdahulu, negara digemparkan dengan pendedahan Caprice yang mendakwa pasukan Ustaz Ebit Lew yang berada di Gaza, Palestin sudah menconteng arang terhadap imej negara apabila memburukkan nama Malaysia tindak-tanduk yang tidak sewajarnya.

Antara dakwaan Caprice termasuklah masyarakat Arab, terutamanya rakyat Palestin tidak selesa apabila Ebit mengambil atau merakam gambar menunjukkan wajah mereka terutama anak-anak kecil saat menghulurkan bantuan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI