fbpx

Rentas daerah, negeri: Sabarlah untuk empat, lima bulan lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri diiringi Mohd. Salim ketika melihat pemberian vaksin menerusi kaedah pandu lalu yang lebih cepat dan memudahkan ketika hadir melawat sekitar PPV dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di Pejabat Daerah dan Tanah Jempol, Negeri Sembilan, disini hari.- Foto MOHD SHAHJEHAN MAAMIN.

JEMPOL – Orang ramai dinasihatkan untuk terus bersabar untuk merentas daerah dan negeri, lebih-lebih lagi untuk pulang ke kampung sempena perayaan Aidiladha sekurang-kurangnya sehingga negara berjaya mencapai imuniti kelompok menjelang Oktober atau November nanti.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tempoh itu tidak begitu lama jika dibandingkan dengan tempoh lebih setahun sejak tercetusnya pendemik Covid-19 di negera ini.

“Malah, kelmarin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan untuk memberi kelonggaran kepada individu yang sudah menerima dua dos suntikan termasuk mempertimbangkan kebenaran pergerakan (rentas negeri dan daerah).

“Minggu depan kita akan bincangkan dan dibentang semula (kelonggaran bagi individu yang lengkap dua dos vaksin) pada Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN),” katanya ketika ditemui sempena Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) – Pemberian Pandu Lalu Pekebun Kecil Risda di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pejabat Daerah dan Tanah Jempol, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ahli Parlimen Jempol merangkap Pengerusi RISDA, Datuk Mohd. Salon Mohd. Sharif.

Ismail Sabri memberitahu, ramai yang menggunakan surat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk balik ke kampung dengan pelbagai alasan termasuk menggunakan surat kebenaran merentas negeri untuk bekerja.

“Akhirnya selepas raya, kita lihat kes mendadak meningkat kerana kluster rentas negeri begitu tinggi. Lebih 36 kluster rentas negeri dicatatkan dan keluarga mendapat jangkitan (Covid-19).

“Saya nasihatkan ambil ikhtiar kes yang berlaku pada Aidilfitri lalu. Mungkin kita boleh gunakan kecekapan kita untuk menipu pihak polis untuk balik ke kampung, lalu jalan kampung, kebun kelapa sawit dan sebagainya, tetapi kita tak boleh tipu Covid-19.

“Covid-19 mungkin menanti di kampung atau kita bawa wabak dan kemudian menjangkiti keluarga kita hingga menyebabkan kematian,” katanya.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI