fbpx

Nelayan Vietnam sanggup terjun laut elak ditahan APMM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian nelayan Vietnam yang nekad terjun ke tengah laut bagi mengelak diberkas APMM di perairan Kuala Terengganu kelmarin.

KUALA TERENGGANU – Tindakan nekad sebahagian daripada 13 nelayan Vietnam terjun ke tengah laut bagi mengelak diberkas gagal hasil tindakan cekap pasukan Maritim Malaysia (APMM) kelmarin.

Mereka yang merupakan kru dua bot nelayan Vietnam dipintas Kapal Maritim (KM) Gemia ketika sedang asyik mengaut hasil laut secara haram pada kedudukan 108 hingga 112 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu dekat sini.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, kesemua 13 kru dua bot nelayan asing yang berusia antara 22 hingga 41 tahun terbabit panik apabila menyedari kehadiran KM Gemia.

“Sebahagian mereka cuba melepaskan diri dengan terjun ke tengah laut tanpa memikirkan keselamatan diri masing-masing.

“Begitpun cubaan mereka gagal apabila berjaya dikepung sebelum dibawa naik kembali ke atas kapal untuk pemeriksaan tidak lama kemudian,” katanya di sini hari ini.

Muhammad Suffi berkata, pemeriksaan mendapati kesemua suspek tidak memiliki dokumen penjalanan dan permit kerja yang sah.

Tambah beliau, kedua-dua bot nelayan itu juga dipercayai tidak mempunyai lesen menangkap ikan sah daripada Jabatan Perikanan.

“Dua bot, peralatan menangkap ikan, hasil laut, minyak diesel yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM3 juta telah disita,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI