fbpx

KKM rancang kuatkuasa Akta 852 sepenuhnya mulai Jun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr Dzulkefly beramah mesra selepas Majlis Pelancaran NHMS dan GATS 2023 di KKM Putrajaya, hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) merancang untuk menguatkuasakan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852] sepenuhnya berserta peraturan dan perintah di bawahnya mulai bulan hadapan.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, langkah KKM yang telah mewartakan Akta 852 bermula 2 Februari lalu adalah dalam usaha untuk mengekang penggunaan produk tembakau serta mengurangkan kemudaratan akibat merokok dan penggunaan lain-lain produk tembakau termasuk rokok elektronik atau vape.

“Penguatkuasaan Akta 852 ini berserta peraturan dan perintah Insya-Allah akan kita laksanakan bermula Jun 2024 sebagai respons kepada peningkatan (penggunaan) vape.

“Disitu kita harapkan dengan perintah dan peraturan (ini) kita akan dapat tangani peningkatan rokok elektroknik atau vape di kalangan orang muda,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Hasil Penyelidikan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 di sini, hari ini.

Dr Dzulkefly berkata, kajian Global Adult Tobacco Survey (GATS) Malaysia 2023 menunjukkan peningkatan peratus pengguna rokok elektronik atau vape yang amat ketara terutamanya di kalangan orang dewasa yang berusia kurang 50 tahun sangat membimbangkan dan memerlukan tindakan yang tuntas.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI