fbpx

KKM tambah penempatan pegawai perubatan siswazah baharu di hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) memutuskan untuk membuka penempatan pegawai perubatan siswazah (PPS) baharu bagi lantikan siri ketiga ke beberapa hospital lain selain daripada hospital negeri.

KKM dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat memandangkan peratus pengisian slot PPS telah bertambah baik di mana tawaran penempatan dilaksanakan menerusi sistem e-houseman pada 13 Mei 2024 yang melibatkan 792 orang calon.

“Sebelum ini, KKM memutuskan pada awal tahun ini agar penempatan dibuka kepada hospital negeri sahaja disebabkan pelantikan PPS didapati semakin menurun dan pengisian slot PPS di hospital negeri berkurangan.

“Sehingga April 2024, KKM telah melaksanakan dua siri lantikan baharu PPS melibatkan seramai 701 orang pada siri lantikan pertama dan 803 orang pada siri lantikan kedua,” katanya di sini tadi.

Menurut KKM, bagi siri lantikan seterusnya, penempatan PPS di hospital-hospital lain akan dipertimbangkan berdasarkan bilangan calon diterima daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam serta faktor lain yang berkaitan.

“KKM amat memahami cabaran dihadapi petugas kesihatan di seluruh negara dalam menghadapi peningkatan bebanan kerja. Beberapa langkah jangka pendek dan jangka panjang akan dilaksanakan bagi mengatasi masalah ini,” jelasnya.

Susulan itu, katanya, pada bulan Mei, sejumlah 747 pegawai perubatan yang telah menamatkan latihan siswazah telah ditempatkan ke semua negeri bagi menampung kekurangan pegawai perubatan sedia ada.

Pada masa sama, KKM turut mengarahkan semua Pengarah Hospital untuk memastikan kebajikan petugas kesihatan terpelihara walaupun tahap pengisian PPS di hospital-hospital masih dalam proses penambahbaikan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI