fbpx

KPDN rampas 15,800 liter diesel diseleweng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Nizam (kanan) menunjukkan dua tangki diesel tanpa permit sah di dalam sebuah lori treler yang berjaya dirampas dalam serbuan di Jitra, semalam. -Foto oleh SHAHIR NOORDIN

JITRA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah merampas sebanyak 15,800 liter diesel yang dipercayai diseleweng dalam dua serbuan berasingan, semalam.

Pengarahnya, Muhammad Nizam Jamaludin berkata, serbuan pertama dilakukan ketika sebuah treler sedang mengisi diesel di sebuah stesen minyak di Jalan Muda Kuari, di sini.

“Pemeriksaan kira-kira pukul 8.30 malam itu menemui 6,000 liter diesel yang disimpan di dalam treler tersebut tanpa permit yang sah dengan nilai diesel RM12,900.

“Dalam serbuan itu, pemilik stesen minyak terbabit ditahan untuk siasatan lanjut, namun siasatan mendapati tiada individu atau pemandu treler ditemui berhampiran itu yang dipercayai telah melarikan diri,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Kata beliau, rampasan kedua dilakukan pada hari sama oleh Batalion 18 Pasukan Gerakan Am (PGA) di sebuah stor yang terletak di Kuala Kedah, dekat sini.

Katanya, serbuan menemui 9,800 liter diesel yang dianggarkan bernilai RM21,070 selain merampas empat lori beserta tangki dan peralatan yang digunakan untuk memindahkan minyak.

“Seramai sembilan individu terdiri daripada lapan lelaki tempatan dan seorang lelaki warga asing yang berusia lingkungan 20 hingga 60 tahun turut ditahan dalam serbuan itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI