fbpx

Bangkai penyu Agar ditemui di Pantai Kuala Abang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangkai penyu jantan spesis Agar yang ditemui di Pengkalan Nelayan Pantai Kuala Dungun semalam.

DUNGUN – Satu bangkai penyu jantan spesis Agar ditemui terdampar di Pengkalan Nelayan Kuala Abang di sini semalam.

Bangkai penyu berusia dalam lingkungan 20 tahun hingga 30 tahun ditemui beberapa penduduk kampung pada pukul 9 pagi.

Pengarah Perikanan Terengganu, Ruzaidi Mamat berkata, pegawai Jabatan Perikanan negeri bergegas ke lokasi sebaik menerima maklumat tentang penemuan bangkai penyu tersebut.

“Sewaktu ditemui, bangkai haiwan reptilia berkenaan mulai mereput dengan sebahagian anggota badannya membengkak dan usus perutnya terkeluar.

“Berdasarkan keadaannya, kita percaya penyu jantan ini sudah mati kira-kira seminggu lalu,” katanya di sini hari ini.

Ruzaidi berkata, pemeriksaan awal mendapati tiada kesan kecederaan disebabkan perbuatan khianat ditemui pada bangkai penyu tersebut. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI