fbpx

35 buah kenderaan cuba masuk Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mior Faridalathrash

IPOH – Sebanyak 35 buah kenderaan diarah berpatah balik ketika pemeriksaan sekatan jalan raya (SJR) di dua lokasi di Gerik hari ini.

Kesemua kenderaan itu yang dipercayai mencuba nasib memasuki Kelantan diminta berbuat demikian selepas dikesan merentas daerah dan negeri tanpa kebenaran.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, daripada jumlah itu, 19 buah kenderaan di arah berpatah balik di SJR Kilometer 89 Jalan Gerik-Kuala Kangsar manakala 16 buah kenderaan lagi di Kilometer 9 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli berhampiran Sungai Lebey.

Katanya, pergerakan kenderaan itu direkodkan sehingga pukul 4 petang tadi.

“Daripada 35 buah kenderaan yang diarah berpatah balik itu, 27 buah kenderaan memiliki surat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) namun bukan berkaitan sektor perlu iaitu makanan dan bahan api.

“Bertindak atas arahan Ketua Polis Negara yang pergerakan menggunakan surat MITI tidak dibenarkan bermula hari ini hingga Rabu depan, kenderaan yang terlibat diarah berpatah balik,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI