fbpx

Operasi DIV tragedi MH17 dibukukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kisah tragedi penerbangan MH-17 yang dibukukan.

SHAH ALAM – Kisah tragedi penerbangan MH-17 termasuk misi pemerolehan kotak hitam dari Ukraine dibukukan menerusi buku khas ‘’Disaster Victim Identification Malaysia – MH17 Tragedy: The Untold Story”.

Buku setebal kira-kira 200 halaman itu hasil kerjasama sebuah kumpulan dari Institut Patologi, Perubatan Makmal dan b.s. Forensik (I-PPerForM), Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UiTM dan Akademi Pengajian Bahasa dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), menjalankan fungsi Naib Canselor UiTM, Profesor Ts. Dr. Roziah Mohd. Janor berkata, secara keseluruhannya buku ini mengabadikan dan mendokumentasi peristiwa-peristiwa berlaku dalam tempoh sebulan bermula 18 Julai 2014.

“Sepanjang tempoh sebulan itu, kumpulan yang terdiri daripada kakitangan KKM, ATM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kimia Malaysia dan lain-lain agensi antarabangsa telah terlibat dalam pengurusan dan implementasi operasi pengecaman mangsa bencana (DVI) dalam kemalangan MH17.

“Buku ini memberikan pencerahan kepada orang awam berkenaan tatakerja konvensional DVI, dan gabungan kaedah-kaedah DVI moden bagi meningkatkan kecekapan proses pengecaman mangsa,” katanya pada sidang akhbar secara maya hari ini.

Beliau terlebih dahulu melancarkan buku itu yang turut dihadiri Ketua Pengarah KKM, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI