fbpx

Pekerja asing bertempiaran lari elak dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN pekerja warga asing yang diperiksa dalam serbuan Op Patuh oleh Jabatan Imigresen Perak di sekitar di Ipoh dan Batu Gajah semalam.-IHSAN JABATAN IMIGRESEN PERAK

IPOH – Cemas elak dicekup, sekumpulan warga asing sanggup memanjat pagar zink ketika kilang percetakan di Kawasan Perindustrian Pengkalan II, Pusing di sini di serbu semalam.

Tindakan pekerja kilang warga Myanmar dan Bangladesh untuk meloloskan diri itu gagal apabila kilang berkenaan telah dikepung.

Pengarah Jabatan Imigresen Perak, Hapdzan Husaini berkata, premis itu diperiksa dalam serbuan Op Patuh yang dijalankan bermula pukul 9.30 pagi hingga 2 petang.

Katanya, pemeriksaan mendapati, kilang tersebut disyaki menggaji pekerja warga asing tanpa pas yang sah.

“Menyedari kehadiran kita menyebabkan mereka lari bertempiaran sehingga ada yang sanggup menggadai nyawa dengan memanjat pagar zink yang tajam di belakang premis terbabit.

“Bagaimanapun, kawasan kilang seluas padang bola itu telah dikepung dan kami berjaya menahan mereka yang berusia 30 hingga 35 tahun,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, selain kilang percetakan itu, pihaknya turut menyerbu dua buah kilang di Lahat Baru dan Pinji Estate serta sebuah restoran di Bandar Sri Pengkalan, Pusing.

Katanya, dalam serbuan itu, seramai 74 orang telah diperiksa terdiri daripada pelbagai warganegara. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI