fbpx

95 peratus warga emas daftar PICK sudah divaksin, dapat janji temu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy

PUTRAJAYA – Kira-kira 95 peratus warga emas di seluruh negara yang berdaftar menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sudah menerima vaksinasi dan janji temu masing-masing.

Menteri Penyelaras PICK,  Khairy Jamaluddin berkata, sehubungan itu, semua negeri ketika ini telah menggerakkan pelaksanaan Fasa 3 PICK mengikut kawasan.

Beliau berkata, setakat semalam, daripada jumlah 18,583,368 yang berdaftar dalam PICK, seramai 5,806,451 adalah pendaftaran bagi Fasa 2 dan 12,776,917 pula adalah bagi Fasa 3.

“Sementara itu, jumlah warga emas yang berdaftar pula telah mencecah sebanyak 3,025,275 orang,” katanya menerusi sidang akhbar mingguan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF), hari ini.

Katanya, di bawah Fasa 3, janji temu akan diberikan secara ‘siapa cepat, dia dapat’ iaitu mereka yang telah mendaftar terlebih dahulu akan diberikan janji temu lebih awal. -K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI