fbpx

‘Bosanlah kau gemuk’ – Shuk cabar netizen bersemuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHUK SAHAR

PETALING JAYA – Pelakon dan pengacara Shuk Sahar mencabar individu yang sewenang-wenang menggelarkan dirinya gemuk dan membosankan untuk bersua muka dengannya.

Shuk menerima kritikan berbaur ‘body shaming’ tersebut menerusi ruangan komen pada hantaran yang dimuat naik dalam Instagram ketika menyambut ulang tahun kelahiran anak perempuan keduanya baru-baru ini.

“Boring (bosan) lah kau ni, tak padan gemuk,” tulis netizen itu.

Menyifatkan komen tersebut sebagai melampau, pengacara I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVM) itu lantas mencabar individu berkenaan untuk bersemuka dengannya.

“Bang macam panjang kau nak ceramah sini, DM (mesej) aku nombor kau kita jumpa,” balas Shuk ringkas.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut pemilik nama sebenar Mohammad Shukri Mohamed Sahar itu memintanya agar bersabar dan jangan ambil pusing komen negatif tersebut.

Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihannya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau lebih dikenali sebagai Rossa pada 20 Disember 2015.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang anak perempuan, Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimin, 1.

Minggu lalu, kisah rumah tangga Shuk menjadi bahan bualan hangat netizen dalam media sosial selepas Rossalenna memuat naik beberapa hantaran kononnya diugut seorang wanita.

Malah, Rossa juga turut mendedahkan terdapat individu yang telah menghantar santau, sekali gus menimbulkan persoalan ramai seolah-oleh sekali lagi sedang berdepan pergolakan rumah tangga akibat kecurangan si suami dengan seorang wanita lain.

Untuk rekod, Shuk, pernah berdepan kes serupa dengan wanita sama sekitar Julai tahun lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI