fbpx

Bina kubur di tengah jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengguna laluan itu terpaksa memandu sekitar kubur itu yang enggan dialihkan oleh penduduk setempat. -Newsflash

ANKARA – Penduduk sebuah kampung di Turki sanggup memandu mengelilingi sebuah kubur yang terletak di tengah-tengah jalan kerana enggan mengalihnya ke lokasi lain, lapor akhbar The Sun, semalam.

Kubur tersebut dipercayai mengandungi mayat lelaki alim yang ditemui penduduk tempatan beberapa tahun lalu di Sarskila, Sivas.

Menurut kepercayaan tradisional, adalah dilarang mengalih mayat orang alim ke tempat baharu maka kuburnya dibiar di lokasi asal hingga sebatang jalan dibina di situ.

Identiti individu yang telah ditanam di situ tidak dapat dipastikan namun ada satu nama tertulis pada batu nisan tersebut yang dipercayai telah dimimpikan wanita pertama yang menemuinya.

Sejak beberapa tahun lalu, pelbagai kisah legenda menyelubungi kubur itu dan beberapa orang awam juga dilaporkan berdoa di sebelahnya.

Seorang penduduk di situ, Ahmet Hark berkata terdapat sebuah rumah di situ 40 tahun lalu namun ia kemudiannya dirobohkan.

“Menurut kepercayaan kami, tidak elok mengalihkan kubur orang alim dan ia patut kekal berada di lokasi asal dan oleh sebab itu, ia kekal berada di tengah-tengah jalan,” kata Ahmed. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI