fbpx

RM100 juta penyumberluaran perkhidmatan kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adham

Oleh PETAH WAZZAN ISKANDAR

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju untuk menambah peruntukan sebanyak RM100 juta bagi tujuan penyumberluaran perkhidmatan kesihatan di Lembah Klang.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, perkara itu dilaksanakan selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju memberikan peruntukan itu bagi memperkasakan keupayaan kesihatan negara.

Beliau berkata, Perdana Menteri dalam lawatannya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang pagi tadi turut mengarahkan penambahan segera 151 katil di Kompleks Rawatan Ibu dan Anak (KRIBA) serta tambahan 15 ventilator bagi kegunaan hospital terbabit.

Menurutnya, antara langkah-langkah lain dalam menangani peningkatan kes Covid-19 yang mendadak di Lembah Klang adalah dengan menambah baik pengurusan pesakit di hospital iaitu menambah dua buah hospital penuh Covid-19 iaitu Hospital Sungai Buloh dan Hospital Ampang yang kini mempunyai 577 buah katil bermula 23 Jun lalu.

“Hospital lain dijadikan sebagai hospital hibrid Covid-19 kecuali Hospital Shah Alam yang dikekalkan sebagai hospital bukan Covid-19.

“Semua hospital di Lembah Klang akan ditambah kapasiti katil iaitu daripada 3,412 katil kepada 3,777 buah katil di Selangor manakala daripada 795 buah kepada 1,129 buah katil di Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya dalam sidang akhbar berkaitan Pengurusan Pandemik Covid-19 di Lembah Klang secara maya hari ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI