fbpx

Richard Branson mahu beri dua tiket percutian ke angkasa lepas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Branson menjalin kerjasama dengan badan kebajikan Omaze bagi memberi peluang kepada orang awam untuk terbang ke angkasa lepas. -Virgin Galactic

LA CRUCES, New Mexico – Pengasas syarikat Virgin Galactic, Richard Branson yang baru pulang daripada pengembaraan pertamanya ke angkasa lepas semalam mengumumkan akan memberikan dua tiket kepada individu bertuah untuk merasai pengalaman serupa, lapor laman berita USA Today.

Pengumuman tersebut dibuat sekembalinya Branson ke Bumi pagi semalam (waktu tempatan) menerusi satu muat naik video di akaun Instagramnya.

“Misi angkasa lepas yang saya tulis adalah untuk menjadikan mimpi pengembaraan ke angkasa lepas satu realiti kepada cucu saya, cucu anda dan kepada semua orang.

“Kami baru saja merasai pengalaman sangat menakjubkan dan Virgin Galactic dengan satu kerjasama mahu ‘membuka’ angkasa kepada semua orang,” katanya.

Syarikat penerbangan angkasa itu yang menjual tiket perjalanan itu pada harga ratusan ribuan dolar mahu menghadiahkan dua tiket kepada pemenang bertuah dalam penerbangan seterusnya menerusi kerjasama dengan platform dana kebajikan, Omaze.

Seorang pemenang bersama tetamu bakal menjadi antara orang awam pertama yang mengembara ke angkasa lepas.

Penyertaan itu akan menyokong pertubuhan bukan kerajaan Space for Humanity yang menyasarkan untuk menghantar orang awam daripada pelbagai bangsa dan latar belakang ekonomi ke angkasa lepas.

“Branson dan Space for Humanity akan mendahului dengan memberi akses kepada angkasa lepas, menjadikan ia sesuatu yang bukan hanya boleh dialami individu berprofil tinggi dan angkasawan tetapi kepada semua golongan,” kata Ketua pegawai Eksekutif Omaze, Matt Pohlson.

Mereka yang berminat boleh menghantar penyertaan online ke omaze.com/space dan jumlah dana minimum yang dicadangkan ialah AS$10 (RM41), namun mereka yang tidak menderma juga boleh menghantar penyertaan.

Setiap RM41 yang didermakan bersamaan dengan 100 penyertaan dan jumlah derma telah dihadkan kepada AS$300 (RM1,257).

Penyertaan adalah terbuka kepada semua individu berusia 18 tahun dan ke atas dari seluruh dunia. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 1 September dan pemenangnya akan diumumkan pada 29 September 2021.

Virgin Galactic bagaimanapun belum memberikan maklumat tentang penerbangan seterusnya. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI