fbpx

Budak 4 tahun cemas kaki tersangkut mangkuk tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba mengeluarkan kaki kanan seorang budak lelaki yang tersangkut pada mangkuk tandas di Kim Sir, Perai hari ini.

SEBERANG PERAI – Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat berdepan detik mencemaskan apabila kaki kanannya tersangkut pada mangkuk tandas jenis cangkung di rumahnya di Kim Sir, Perai di sini tengah hari tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 12.55 tengah hari sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, operasi menyelamat itu dilakukan oleh sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai.

“Anggota yang lengkap dengan PPE (peralatan perlindungan diri) itu kemudian melakukan kerja-kerja menyelamat dengan menggunakan peralatan khas.

“Mangsa yang tersepit akhirnya berjaya dikeluarkan hampir 20 minit kemudian dan bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Tambah jurucakap tersebut, operasi kemudian ditamatkan pada pukul 1.16 petang selepas selepas keadaan berjaya dikawal sepenuhnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI