fbpx

15 menara komunikasi di Setiu siap beroperasi tahun depan  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengarah MCMC Terengganu, Mohd. Fairus Muhamad (dua dari kiri) dan Ahli Parlimen Setiu, Shahrizukirnain Abd. Kadir (tengah) meninjau kualiti perkhidmatan 4G di menara komunikasi baharu Kg. Rhu Sepuluh, di Setiu, Terengganu.

CYBERJAYA – Sebanyak 15 menara komunikasi baharu diluluskan menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) di bawah Parlimen Setiu dan dijangka siap beroperasi secara berperingkat bermula suku kedua tahun hadapan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan berkata, kerja-kerja naik taraf liputan kepada 4G di 78 menara juga sedia ada sedang giat dilaksanakan dan akan siap beroperasi secara berperingkat bermula Ogos ini sehingga Mac tahun depan.

“Penambahbaikan liputan 4G di bawah inisiatif Jendela ini dikawal selia oleh MCMC di dalam kawasan parlimen berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, dalam perkara berkaitan, MCMC berkata, penduduk di Kampung Rhu Sepuluh dan Kampung Kuala Kubang, Setiu, Terengganu kini boleh menikmati jaringan telekomunikasi 4G yang lebih baik selepas dua buah menara komunikasi baharu di bawah pelan Jendela siap dibina dan mula beroperasi di kedua-dua kampung tersebut sejak bulan Jun lalu.

“Pembinaan menara-menara baharu dengan liputan 4G ini akan memberi manfaat kepada lebih 1,000 penduduk kampung berkenaan.

“Selain itu, ia juga memberi manfaat dan impak positif kepada Pantai Penarik yang merupakan antara lokasi pelancongan utama di Setiu,” katanya. -K! ONLINE.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI