fbpx

10 tahun dibekukan, Jae-joong kembali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAE-JOONG

PENYANYI Jae-joong disahkan akan membuat kemunculan semula menerusi televisyen selepas 10 tahun dihalang daripada berbuat demikian berikutan isu panas membabitkan bekas agensi penaungnya.

Jae-joong difahamkan akan membuat kemunculan menerusi sebuah program muzik berjudul Romantic Call Centre.

Bagaimanapun kemunculannya dalam program berkenaan hanya sebagai tetamu undangan dan Jae-joong dilaporkan akan muncul menerusi episod yang ditayangkan pada 15 Julai nanti.

Romantic Call Centre merupakan sebuah program muzik terkenal di Korea Selatan yang memaparkan aksi pertandingan setiap artis undangan.

Selain program muzik, Jae-joong juga dikhabarkan akan membuat kemunculan semula dalam lakonan apabila akan membintangi sebuah drama selepas empat tahun.

Seperti yang diketahui ramai, Jae-joong dan semua anggota kumpulan JYJ disekat daripada membuat kemunculan dalam televisyen berikutan konflik mereka bersama agensi SM Entertainment dan Pertubuhan Industri Budaya Korea Selatan.

Sepanjang bernaung bawah agensi berkenaan, Jae-joong dan dua lagi rakannya iaitu Park Yoochun dan Kim Junsu bertindak menamatkan kontrak kerana mendakwa berlaku ketidakadilan, terpaksa bekerja lebih masa dan kebajikan mereka sebagai artis tidak dipedulikan majikan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI