fbpx

Pasangan kekasih bawa Honda Civic curi diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan kekasih ditahan selepas disyaki membawa lari sebuah kereta Honda Civic sebelum ditahan di Taman Berjaya, Simpang Renggam, Kluang, Johor semalam.

JOHOR BAHRU – Pasangan kekasih menyamar sebagai pelanggan sebelum melarikan sebuah kereta jenis Honda Civic di sebuah premis kenderaan terpakai di Taman Melodies di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, siasatan mendapati kereta itu dilarikan seorang lelaki dan wanita tempatan berusia dalam lingkungan 20-an.

Bertindak atas maklumat, pada pukul 10 pagi, polis membuat serbuan di sebuah rumah di Taman Berjaya, Simpang Renggam, Kluang dekat sini semalam.

Operasi itu membawa kepada penahanan pasangan tersebut. Turut dirampas Honda Civic tersebut yang dilaporkan hilang.

“Semakan mendapati kedua-dua suspek dikehendaki polis dan memiliki rekod jenayah.

“Bertindak atas maklumat awam, kami berjaya menyelesaikan kes kecurian kereta dalam masa 24 jam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pasangan itu direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI