fbpx

Harga tak penting, asalkan niat membantu tercapai – Syafie Naswip

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAFIE berkongsi berita gembira kerana sudah ada pihak yang sudi membeli trofi kemenangannya dalam usaha membantu golongan memerlukan.

PETALING JAYA – “Akhirnya saya sudah ada pembeli yang sudi membeli trofi kesayangan saya ini.

“Wang hasil lelongan trofi ini akan saya agihkan kepada mereka yang betul-betul memerlukan tanpa mengira siapa dan apapun latar belakang mereka”.

Itu respons ringkas pelakon Syafie Naswip kepada Kosmo Online! seraya memberitahu sudah ada pihak sudi membeli trofi kemenangannya bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25) itu.

Ditanya mengenai harga yang ditawarkan, Syafie atau nama sebenarnya Mohd. Shafie Naswip, 29, berkata, harga tersebut awal-awal lagi sudah dipersetujui antara dia dan pembeli.

“Ya, trofi tersebut dilelong pada harga RM10,000 seperti apa yang dipersetujui antara kami berdua sebelum ini.

“Lagipun itu harga yang dia (pembeli) mampu untuk bayar. Lagipun saya bukan niat menjual beli dan menetapkan harga tinggi, apa yang penting niat saya untuk membantu mereka yang memerlukan tercapai,” katanya lagi.

Tambah pelakon drama Budak Tebing 2 itu, dia akan memilih individu atau pihak yang memerlukan menerusi mesej (DM) yang diterima dalam Instagram, selain bantuan daripada beberapa badan bukan kerajaan tertentu.

Sebentar tadi, Syafie menerusi hantaran terbaharu dalam Instagramnya memberitahu pengikutnya berkenaan pembeli yang sudah bersetuju membeli trofi miliknya selepas hampir dua minggu membuat keputusan untuk melelong aset kesayangannya itu.

“Alhamdulillah kita sudah ada pembeli. Esok saya akan buat penghantaran trofi #FFM25 kepada beliau.

“Selepas itu, saya akan membuat sumbangan kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Terima kasih kepada @abampeahofficial. Semoga Allah memberkati dan permudahkan urusan encik dunia dan akhirat.

“Trofi ini memang mempunyai nilai sentimental, namun apalah guna jika hanya tersimpan begitu sahaja,” katanya.

Terdahulu, pada 1 Julai lalu, Syafie menerusi sesi Live dalam Instagramnya membuat keputusan untuk melelong trofi miliknya bagi membantu menambah dana bantuan kepada golongan memerlukan dan terkesan semasa Perintah Kawalan Pergeraka (PKP) ketika ini. Inisiatif Syafie tersebut bagaimanapun menerima pelbagai kecaman daripada netizen dan dituduh sekadar mahu mencari duit untuk mengisi poket sendiri.

Menurut Syafie, biarpun berat hati untuk melepaskan trofi hasil lakonan dalam filem Songlap itu, dia harus reda demi mendapatkan wang tambahan untuk membantu masyarakat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI