fbpx

Tunku Azizah pun ‘order’ dari Shopee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar pesanan yang dibuat oleh Tunku Azizah menerusi Shopee.

PETALING JAYA – Tergamam apabila melihat nama pembeli. Itulah reaksi seorang penjual dalam talian apabila menerima pesanan daripada ‘pembeli’ paling istimewa iaitu Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menerusi perkongsiannya di laman Facebook, wanita yang dikenali sebagai Faizah Rosdi itu tidak menyangka apabila pertama kali menerima pesanan daripada Tunku Azizah sendiri.

Melalui tangkap layar pesanan yang dimuat naik di laman sosial itu, jelas kelihatan nama Tunku Azizah yang beralamat di Istana Negara, Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, tidak tercatat bila tarikh pesanan itu dibuat.

“Semalam nak packing order tak perasan lagi nama dan alamat, elok periksa nama dan alamat terkejut jap. Tak sangka Permaisuri Agong yang order dan guna nama dia sendiri.

“Berdebar pula nak packing, dia order balang kaca je, balang biasa tak ada istimewa mana pun, macam penjual lain jual.

“Alhamdulillah mungkin rezeki saya dapat order dari Tuanku, sangat terharu, excited semua ada. Saya doakan bisnes kalian berjalan dengan lancar dan diperluaskan lagi rezeki,” tulis Faizah pada hantarannya.

Susulan hantaran tersebut, rata-rata pengguna Facebook memuji tindakan Tunku Azizah yang tidak segan silu membeli-belah secara dalam talian.

“Rilek je Tuanku shopping kat shopee, kita yang marhaen ni beriya nak beli yang mahal,” tulis Nor Atika.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Mis Syieda.

“Siapalah rider yang bertuah hantar bungkusan ni,” katanya.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI