fbpx

Polis panggil tujuh individu bocor maklumat PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyebaran cadangan PKPD Ayer Keroh menimbulakan keresahan 15,000 penduduk Melaka.

MELAKA – Tujuh individu termasuk penjawat awam dipanggil polis untuk membantu siasatan berhubung kes penyebaran maklumat cadangan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di Ayer Keroh yang turut tular laman sosial, pada awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, kesemua individu berusia 20 hingga 45 tahun itu dipanggil sejak 6 Julai lalu selepas pihak polis menerima dua laporan berhubung penularan maklumat itu.

“Kita menerima laporan polis berkenaan penyebaran maklumat sulit cadangan pelaksanaan PKPD di Ayer Keroh yang telah menimbulkan keresahan dan kegentaran penduduk di kawasan tersebut.

“Susulan itu, kertas siasat telah dibuka dan pihak polis memanggil tujuh individu termasuk penjawat awam dipercayai terlibat untuk memberi keterangan berhubung kes itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ujarnya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah, Datuk Rahmad Mariman berkata, salah satu laporan tersebut telah dibuat oleh kerajaan negeri di Balai Polis Ayer Keroh pada Selasa lalu.  – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI