fbpx

Lebih 50 peratus kawasan penanaman durian dimusnahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lebih 50 hektar kawasan penanaman durian di Hutan Simpan Kekal Batu Talam dimusnahkan sehingga hari ini.

RAUB – Tanpa sebarang gangguan dan provokasi menyaksikan operasi memusnahkan pokok durian Musang King di Hutan Simpan Kekal Batu Talam berjalan lancar dengan lebih separuh kawasan kebun durian seluas 101 hektar itu telah dimusnahkan sehingga hari ini.

Berdasarkan pelaksanaan penebangan yang cepat hanya dalam tempoh seminggu itu, operasi memusnahkan dusun durian yang dimulakan 3 Julai lalu itu dijangka mampu diselesaikan lebih awal berbanding jadual asal selama sebulan.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Datuk Dr. Mohd. Hizamri Mohd. Yasin berkata, sehingga kini lebih 50 hektar kawasan penanaman pokok durian berkenaan telah dimusnahkan.

“Hampir semua kakitangan pejabat hutan daerah di Pahang akan turut sama membantu bagi melancarkan operasi terbabit.

“Kerahan ini dibuat bagi memastikan operasi musnah dapat diselesaikan lebih awal sebelum kerja menanam semula pokok hutan dilakukan,”katanya di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Hizamri lebih ramai lagi kakitangan JPNP akan dikerah bagi menjalankan kerja-kerja penebangan pokok yang masih berbaki kira-kira 50 hektar itu.

Katanya, selepas penebangan pokok durian itu selesai, kawasan berkenaan akan dipulihkan semula dengan penanaman pokok hutan.

Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Raub, Deputi Superintendan Nasir Ismail berkata, sejak penglibatan Pasukan Gerakan Am (PGA) di kawasan itu operasi memusnahkan kebun durian berkenaan berjalan lancar tanpa ada gangguan dan provokasi.

Beliau memberitahu kawalan di kawasan operasi berkenaan dilakukan selama 24 jam termasuk di Sekatan Jalan Raya (SJR) yang melibatkan 60 anggota PGA dan 40 anggota polis.

“Kawalan akan dilakukan sehingga operasi tamat dan pada masa ini tiada gangguan dan provokasi terhadap petugas jabatan hutan yang dapat melakukan operasi dengan lancar.

“Keadaan di kawasan sekitar serta di bandar Raub juga adalah tenteram dan aktiviti penduduk berjalan seperti biasa,”ujarnya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI