fbpx

Isteri minta suami bayar jika makan banyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Guiles (kiri) akan mengenakan caj kepada suaminya Jay (kanan) sekiranya lelaki itu makan lebih daripadanya. - TLC/So Freakin Cheap

BANDAR RAYA NEW YORK – Seorang isteri di Amerika Syarikat mengaku sikap kedekutnya seperti membasuh pakaian dengan menggunakan salji dicairkan dan mengenakan caj kepada suaminya sekiranya lelaki itu makan banyak bagi  membolehkan dia berjimat sehingga ribuan dolar, lapor laman berita Mirror UK semalam.

Becky Guiles, 41, berkata,  dia akan menggunakan  apa sahaja yang percuma di dunia atau mendapatkan sesuatu pada kadar 90 peratus lebih murah.

Guiles yang tinggal bersama suaminya, Jay dan dua orang anak berusia tujuh dan empat tahun berkata, dia  menjadi kedekut dan mula menjimatkan wang secara ekstrem selepas berhenti kerja dengan pendapatan £25,000 (RM144,234) setahun untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.

“Selepas melahirkan anak sulung saya, George, saya meninggalkan pekerjaan kerana mahu membesarkannya.

“Oleh itu, falsafah saya ialah mejimatkan duit adalah sama seperti mendapatkannya,” katanya.

Guiles juga akan mengenakan caj kepada suaminya sekiranya lelaki itu makan lebih daripadanya.

“Contohnya, sekiranya kami memesan empat batang keju dan saya makan tiga daripadanya, Guiles akan meminta saya membayar 75 peratus daripada harga hidangan,” kata Jay.

Pada tahun pertama, pasangan itu berjaya menjimatkan wang yang sama dengan jumlah ‘kehilangan’ pendapatan Guiles.

Antara cara berjimat yang dilakukan wanita itu adalah mengutip salji di luar rumah yang digunakan untuk basuhan seperti membasuh baju, pinggan dan juga memberus gigi kerana enggan membayar kos air sinki. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI