fbpx
Tangkap layar video kes kebocoran gas ammonia yang berlaku pada 2019 ditularkan dan dikaitkan dengan pemeriksaan pematuhan SOP kilang.

Video kebocoran ammonia tiada kaitan dengan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Polis menafikan penularan video sekumpulan pekerja kilang lari yang kononnya diserbu disebabkan Op Patuh dalam membendung penularan Covid-19 adalah berlaku di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, sebaliknya kejadian tersebut adalah video lama berkaitan kebocoran gas ammonia sebuah kilang di Melaka pada tahun 2019.

“Itu tidak benar. Kejadian itu adalah video lama yang berlaku di Melaka,” tegas beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu sebuah video berdurasi 28 saat tular di Facebook memaparkan sekumpulan pekerja melarikan diri yang dikaitkan dengan operasi dijalankan pihak polis berhubung pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketika pandemik Covid-19.

Difahamkan pihak kilang terbabit di Melaka turut mengesahkan video tersebut tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pandemik Covid-19. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

POPULAR