fbpx

Pesara guru ditemui mati dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa ditemui di dalam kereta di hadapan sebuah pusat beli-belah di Sungai Petani petang tadi.

SUNGAI PETANI – Seorang pesara guru ditemui mati dalam kereta yang diletakkan hadapan sebuah pusat beli-belah di sini, petang tadi.

Mayat lelaki berusia 45 tahun itu ditemui sudah tidak bernyawa di tempat duduk pemandu kenderaan jenis Toyota Avanza kira-kira pukul 5.28 petang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Anuar Abdul Rahman berkata, anggota polis terus bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima laporan kes tersebut.

“Mangsa didapati telah meninggal dunia dan berdasarkan temubual dengan abangnya, mangsa tidak mempunyai sebarang penyakit kecuali sakit mental.

“Lelaki itu tidak pernah berkahwin dan tinggal seorang diri di rumahnya di Taman Ria dekat sini serta telah bersara awal daripada tugasnya sebagai seorang guru di sebuah sekolah di daerah ini,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI