fbpx

Penjaja rojak terharu terima bantuan peralatan perniagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hanyan (kanan) menyampaikan sumbangan kepada Mohd. Akmanizam di Kampung Pengkalan Pandan, hari ini.

KEMAMAN – Seorang bekas pekerja syarikat minyak dan gas yang diberhentikan kerja terharu menerima bantuan bagi memulakan perniagaan.

Bantuan berupa peralatan memulakan perniagaan seperti kanopi, meja, kerusi dan alat pengimbas suhu kepada Mohd. Akmanizam Mat Nasir, 36, itu merupakan inisiatif Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan.

Mohd. Akmanizam berkata, sebelum ini, dia mencari rezeki dengan menjaja rojak di kawasan lampu isyarat sekitar bandar Chukai di sini selepas diberhentikan sebagai pekerja kontrak di sebuah syarikat minyak dan gas baru-baru ini.

Begitupun, dia telah dikompaun RM2,000 dalam operasi Kementerian Kesihatan atas kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sewaktu menjaja rojak di lampu isyarat Kemasik-Air Jernih di sini, Ahad lalu.

“Saya tidak sangka berniaga di lampu isyarat menyalahi Peraturan 18 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.

“Apa pun, terima kasih atas sumbangan ini dan berhasrat untuk berniaga apam balik. Sebelum ini, saya tidak mampu untuk membeli peralatan tersebut kerana kekurangan modal,” katanya selepas dikunjungi Hanyan di rumahnya di Kampung Pengkalan Pandan di sini hari ini.

Beliau turut menerima bakul makanan sumbangan Kementerian Dalam Negeri sempena Op. Bantu. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI