fbpx

JDT akan fokus pada liga domestik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MORA mendedahkan pasukan JDT akan memberi fokus kepada saingan liga domestik selepas berakhirnya perjuangan mereka pada saingan ACL. - JOHOR SOUTHERN TIGERS

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

SETELAH berakhirnya perjuangan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Juara-juara Asia (ACL) di Bangkok, Thailand malam kelmarin, skuad kendalian Benjamin Mora mahu mengalihkan tumpuan mereka ke arah saingan liga domestik pula.

Mora, 42, berkata, bermula hari esok, skuad Harimau Selatan akan menyambung semula misi mereka untuk mempertahankan kejuaraan Liga Super yang dimenangi kelab dari selatan tanah air itu buat tujuh tahun berturut-turut.

Katanya, buat masa sekarang, pemain perlu merehatkan tenaga dan minda mereka setelah mengharungi perlawanan berintensiti tinggi dalam kempen ACL selain menjalani pemulihan bagi mempersiapkan diri untuk saingan Liga Super.

“Dengan terhentinya langkah kami pada ACL, maka tumpuan kami akan beralih kepada saingan Liga Super demi membawa misi mempertahankan kejuaraan yang dimenangi.

“Sebaik pemain menjejakkan kaki ke Malaysia, mereka perlu menjalani tempoh kuarantin sebelum menjalani kem latihan bagi mempersiapkan diri untuk pusingan kedua Liga Super,” katanya pada sidang akhbar kelmarin.

Skuad Harimau Selatan menamatkan saingan ACL dengan menduduki tempat ketiga dalam Kumpulan G, mengutip empat mata selepas mencatatkan keputusan menang dan seri ke atas Ratchaburi FC manakala tewas dua perlawanan masing-masing kepada Pohang Steelers dan Nagoya Grampus di Stadium Rajamangala, Bangkok.

Biarpun gagal melangkah ke pusingan seterusnya, pengendali kelahiran Mexico itu berpuas hati dengan persembahan keseluruhan anak-anak buahnya yang tidak menyerah kalah selain mempamer semangat juang tinggi pada setiap perlawanan.

Jelasnya, peluang beraksi pada kejohanan tertinggi di peringkat Asia membolehkan anak-anak buahnya termasuk pemain muda menimba pengalaman berharga ketika bersaing dengan pasukan yang jauh lebih hebat.

“Sejujurnya, kami berasa amat bertuah apabila berpeluang beraksi di pentas ACL. Pemain juga dapat menimba pengalaman berharga yang boleh dimanfaatkan untuk perkembangan karier mereka.

“Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan persembahan pemain yang berjuang bermati-matian sepanjang kejohanan. Pastinya kami merindui untuk beraksi di kejohanan ini,” ujarnya. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI