fbpx
UQASHA dan Kamal menangguhkan perkahwinan mereka disebabkan pandemik Covid-19, namun tarikhnya tidak didedahkan kepada umum.

‘Walaupun tak jumpa, hati kita selalu dekat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Kamal Adli mendoakan kekasih hatinya, Uqasha Senrose agar dikurnia dan dilimpahi perkara yang baik dalam kehidupannya pada hari mendatang.

Kamal memuat naik ­ucapan itu sempena ulang tahun kelahiran Uqasha yang ke-29 di ­Instagramnya semalam.

Happy birthday to my special girl (selamat hari lahir untuk gadis istimewa saya). Saya tahu bagaimana perasaan sedih awak apabila hari ulang tahun kelahiran jatuh semasa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan.

“Maafkan saya sebab jauh tahun ini (daerah lain). Apapun semoga Allah panjangkan umur, murahkan rezeki dan dipermudahkan segalanya termasuk urusan kita.

“Insya-Allah yang baik-baik sahaja saya doakan untuk awak. Tak lama lagi dah tak solo okey,” tulisnya secara berseloroh berserta emoji berbentuk hati.

Terharu dengan ucapan yang dititipkan tunangnya, Uqasha menerusi komen menulis, dia tidak menyangka Kamal me­layangkan ucapan istimewa kepadanya.

“Ini sangat bermakna walaupun tak dapat sambut atau berjumpa awak, hati kita selalu dekat. Saya sayangkan awak lebih lagi, encik tunang,” kata Uqasha.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikut mengucapkan selamat hari lahir buat Uqasha dan mendoakan hubungan pasangan itu diberkati.

Kamal, 35, membuat kejutan apabila melamar Uqasha pada majlis Anugerah MeleTOP Era 2020, Disember lalu.

Hubungan cinta mereka menjadi perhatian selepas digandingkan dalam drama arahan Michael Ang berjudul Setelah Terlafaznya Akad. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN